Khamis, 17 Disember 2009

Standard Guru Malaysia


Golongan pendidik mesti tingkat profesionalisme setara taraf global

TIGA AMALAN NILAI

1. Profesionalisme keguruan

2. Pengetahuan serta kemahiran pengajaran

3. Pembelajaran yang tinggi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, berkata berdasarkan dokumen berkenaan semua guru mesti memiliki tiga aspek amalan nilai, iaitu profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi."Ketiga-tiga aspek ini adalah komponen penting yang mesti dicapai setiap guru," katanya pada sidang media selepas melancarkan SGM dan merasmikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tawau di Balung dekat sini.Mengikut dokumen itu, amalan nilai profesionalisme keguruan meliputi tiga domain utama, iaitu diri, profesion dan sosial.Domain diri merujuk pegangan nilai diri guru sedia ada seperti amanah, ikhlas, adil, daya saing dan tahan yang tinggi, cekap dan patut dikembangkan agar mereka boleh memberi sumbangan lebih berkesan kepada profesion keguruan.Profesion pula merujuk pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus, seperti berketerampilan, integriti, kerja sepasukan dan proaktif, manakala domain sosial sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat merangkumi semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.Aspek kedua menuntut guru memiliki dan menguasai ilmu yang mantap agar dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta lebih kreatif dan inovatif.Bidang pengetahuan yang patut dikuasai guru termasuk mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif, menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran serta mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.Aspek ketiga memfokuskan kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berhubung pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum yang menuntut pelbagai kemahiran, termasuk mengurus bilik darjah yang membabitkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang berkesan.Muhyiddin berkata, pematuhan terhadap SGM berupaya memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan warga pendidik berkualiti dan bertaraf dunia."Kita mahu guru di negara ini setanding dengan piawaian global dari segi pencapaian dan penyampaian, terutama dalam keadaan masyarakat meletak harapan tinggi terhadap kemampuan kerajaan memperluaskan capaian pendidikan berkualiti."Justeru, sistem pendidikan kita perlu mempunyai mekanisme bagi menentukan guru yang dilahirkan benar-benar cekap dan memenuhi piawaian ditetapkan," katanya.Sambil berharap garis panduan itu akan membolehkan warga pendidikan lebih fokus dari segi keupayaan, Timbalan Perdana Menteri berkata, keberkesanan SGM dapat diukur menerusi pencapaian pelajar dan prestasi sekolah secara keseluruhannya.Mengenai kekangan seperti kekurangan infrastruktur, terutama di luar bandar dan pedalaman yang boleh menjejaskan pencapaian guru, beliau berkata:"Peningkatan kemudahan asas di sekolah luar bandar dan pedalaman akan dilakukan secara berterusan, selain menjadi antara keutamaan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Kerajaan mahu merapatkan jurang prestasi dan penyediaan infrastruktur antara sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman supaya tidak wujud lagi perbezaan ketara."Tidak semestinya mereka berada di luar bandar, maka piawaian mereka rendah dan begitu juga sebaliknya. Justeru kita akan ubah keadaan ini secara berterusan mengikut keperluan," katanya.Muhyiddin menegaskan, antara aspek yang akan diberi penekanan ialah menaik taraf sekolah di pedalaman dan meningkatkan kebajikan guru dari segi kediaman serta bantuan elaun. Berita - Adalah Ikhsan Daripada Berita Harian

Rabu, 20 Mei 2009

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MICROSOFT POWER POINT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN EMPAT

BAB 1: PENGENALAN KEPADA MASALAH

1.1 Pengenalan

Malaysia adalah sebuah Negara yang kaya dengan pelbagai jenis reka bentuk rumah. Rumah-rumah di Malaysia dibina berkonsepkan adab resam dan budaya masyarakatnya yang berbilang kaum. Antara penyelesaian yang terbaik untuk memberi kefahaman yang baik kepada murid adalah melalui gabungan penggunaan modul pengajaran yang teratur dan juga program komputer yang memenuhi cabaran-cabaran ini. (Roziahana, 1998; Sanger dan Greenbowe, 1997). Penggunaan perisisan komputer juga dapat memberikan gambaran yang jelas dan sebenar tentang reka bentuk sesebuah rumah. Justeru, kajian ini sangat wajar dijalankan untuk memastikan kaedah pengajaran berbantukan komputer untuk tajuk jenis rumah di Malaysia dapat diperluaskan penggunaannya di sekolah-sekolah, dan khususnya untuk menarik minat di kalangan murid untuk mempelajarinya kerana jenis rumah yang dibina di Malaysia adalah berbeza dari jenis dan reka bentuk ianya dibina.

Khamis, 7 Mei 2009

Mauizah: Mohon ampun, tutup keaiban dosa daripada terdedah

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Thu Apr 30, 09 4:54:51 pm MYT
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135) Istighfar bererti minta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan.
Minta dilindung supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum. Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.
Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110) Pada ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian ingat kepada Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia. Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindung daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf.
Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya. Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya.
Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun." (Surah An-Nashr ayat 3) Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17) Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain.
Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur. Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.
Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar tarik perhatian manusia. Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."
Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian. Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga. Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.
Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu. Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid. - lanh _

PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Ia adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memfokuskan bidang pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan dalam memperkembang potensi seseorang individu secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai ilmu pengetahuan.
Objektif
Melalui Pembestarian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mensasarkan 5 objektif utama iaitu:
a)membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi
b)mengimbangkan jurang digital di antara bandar, luar bandar dan pedalaman
c)membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif
d)membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT
e)Membangunkan pendidikan bertaraf dunia.
Ciri-ciri Sekolah Bestari
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah meletakkan beberapa ciri utama bagi menentukan pembestarian sesebuah sekolah di Malaysia. Ciri-ciri tersebut adalah seperti:
a)Perkakasani.Infrastruktur dan perkakasan ICT dirangkal secara setempat.
ii.Nisbah komputer atau komputer riba kepada guru adalah 1 : 2.
iii. Nisbah komputer kepada murid sekurang-kurangnya 1 : 20.

b) Aplikasi
i. Sekurang-kurangnya 5 aspek pengurusan sekolah dilaksanakan berasaskan ICT.
ii. Warga sekolah mengakses maklumat melalui talian.
iii. Sekolah mempunyai laman web sendiri.

c) Proses Pengajaran dan Pembelajaran
i. Sistem pengurusan pembelajaran digunakan.
ii. Pelbagai bahan pendidikan diintegrasi.
iii. Guru berkemahiran dalam mengintegrasi ICT.
iv. Murid menggunakan ICT untuk melaksanakan tugasan pembelajaran.

d) Pentadbiran Sekolah
i. ICT digunakan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Langkah-langkah Pembestarian Sekolah
Dalam membestarikan semua sekolah di Malaysia, pihak KPM telah menyediakan infrastruktur ICT dan membekalkan peralatan ICT pada peringkat permulaan.
Penyediaan kepada kemudahan jalur lebar serta rangkaian setempat dan pengenalan kepada Program 'Schoolnet' di 8,120 buah sekolah merupakan satu usaha yang sangat penting dalam merealisasikan pembestarian sekolah di Malaysia kerana proses pengajaran dan pembelajaran ICT di sekolah-sekolah dapat dlaksanakan dengan lebih berkesan.
Di Malaysia, pembestarian sekolah dilaksanakan melalui penubuhan 88 buah 'Sekolah Rintis Bestari' yang menjadi asas utama dalam menentukan aras kejayaan pelaksanaan pembestarian sekolah. Melalui pelaksanaan ini, sebanyak 5,809 komputer dan 261 pelayan dan 1,494 judul perisian kursus telah diberikan kepada sekolahsekolah yang terlibat. Selain itu, sebanyak 243 judul perisian kursus berasaskan web dan 33 aplikasi sistem pengurusan juga turut dibekalkan dalam pembestarian sekolah yang dilaksanakan.
Pihak KPM juga telah melatih seramai 200,000 orang guru dalam pelbagai bidang pengkhususan ICT sebagai langkah untuk meningkatkan lagi kompetensi guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pendidikan.
Bagi memastikan konsep pembestarian sekolah mencapai objektif yang sebenar, pihak KPM telah menubuhkan makmal komputer di 4,500 buah sekolah serta sebanyak 99,000 buah komputer dan 4,600 pelayan. KPM juga telah memasukkan elemen ICT dalam pelaksanaan kurikulum sebagai langkah untuk membestarikan sekolahsekolah di seluruh negara. Elemen ICT dalam kurikulum dilaksanakan melalui penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains (PPSMI). Melalui PPSMI ini, sebanyak 97,000 buah komputer riba, 70,000 buah projektor LCD dan 4,600 buah pelayan telah dibekalkan ke 9,539 buah sekolah di seluruh negara.
Saluran TV Pendidikan juga telah dibekalkan ke 9,539 buah sekolah di samping 11,709 buah televisyen ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Saluran TV Pendidikan ini merangkumi 10 mata pelajaran yang meliputi 3,531 buah rancangan kurikulum untuk para pelajar dalam usaha menjayakan pembestarian sekolah.
Pembestarian sekolah juga dilaksanakan melalui kerjasama dengan agensi luar bagi mempercepat proses pembestarian di samping melaksanakan audit yang menyeluruh bagi semua inisiatif ICT yang melibatkan aspek pengajaran dan pembelajaran serta aspek pentadbiran serta pengurusan.

Selasa, 5 Mei 2009

14 PRINSIP PENGURUSAN

Mengurus sumber-sumber dalam organisasi adalah aspek kritikal dalam mengelakkan sebarang pembaziran penggunaan sumber berlaku, di samping memastikan sebarang penggunaannya adalah di tahap optima
1. Pembahagian Kerja: kerja perlu diagihkan kepada tugas-tugas tertentu dengan tanggungjawab setiap tugas diarahkan untuk individu tertentu.
2. Autoriti/Kuasa: autoriti perlu dideligasikan seiring dengan tanggungjawab.
3. Disiplin: menjelaskan harapan/jangkaan dan akibat jika melanggarnya.
4. Kesatuan arahan: setiap pekerja perlu memberi laporan kepada seorang penyelia.
5. Kesatuan arah: objektif organisasi perlu fokus kepada kerja pekerja.
6. Kehendak individu bawahan kepada kehendak umum: kehendak organisasi perlu mendahului kehendak individu.
7. Upah: usaha ke arah menyokong kepada objektif organisasi perlulah diberi diberi ganjaran.
8. Pemusatan: peranan orang atasan dan bawahan perlu diteliti dan hubungan penting antara mereka perlu dijelaskan.
9. Rantai Scalar: komunikasi antara kawasan organisasi perlu mengikut rantaian arahan.
10. Arahan/Pesanan: pekerjaan dan peralatan organisasi perlulah menyokong matlamat organisasi.
11. Ekuiti/Kepunyaan: layanan yang adil dan menghormati semua pekerja.
12. Kestabilan dan hak milik: kesetiaan pekerja dan perkhidmatan yang berterusan perlulah digalakkan.
13. Inisiatif: inisiatif peribadi pekerja yang menyokong objektif organisasi perlulah digalakkan.
14. Esprit de corps: pekerja dan pihak pengurusan perlu digalakkan untuk berkongsi matlamat dalam mencapai objektif organisasi
(sumber: h. fayol, general and industrial management, trans. c. storres. marshfield, ma: pitman publishing, 1949)

Selasa, 28 April 2009

PENGURUSAN STRATEGIK


AMALAN PENGURUSAN STRATEGIK BAGI MENINGKATKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
OLEH
MUHAMAD BUSTAMAN BIN HAJI ABDUL MANAF
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Apakah itu Pengurusan?
Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling berkesan (Drucker, 1972)

Apakah itu Strategi?
Strategi- perkataan Latin: Strategos (the art of generalship, or how to be an effective general. Sesuatu proses itu strategik apabila ia melibatkan memilih tindakan yang terbaik untuk respon kepada persekitaran yang dinamik (Allison & Kaye, 2004)

Apakah itu Pengurusan Strategik?
1. “Strategic management is art and science of formulating, implementing, and evaluating cross-functional decisions that enable an organisations to achieve its objectives” (David, 2001)
2. Pengurusan strategik ialah proses formulasi perancangan strategic dan pelaksanaan perancangan tersebut. Ia melibatkan proses analisis strategic, pemilihan strategic dan implmentasi strategik (Fidler, 2002)

KENAPA ORGANISASI PERLU MELAKUKAN PERANCANGAN STRATEGIK (WHY)
1. Mempunyai satu kerangka proses kerja yang tersusun dan sistematik untuk menterjemahkan misi, visi dan strategi kepada aktiviti-aktiviti kerja harian.
2. Menghubungkan antara matlamat strategik dengan petunjuk-petunjuk prestasi utama (Keys performance indicators) bagi mengawal prestasi organisasi.
3. Meningkatkan keupayaan pemimpin untuk mengukur, mengawal strategi secara berkesan bagi mencapai misi dan visi organisasi.
4. Meningkatkan kecekapan & keberkesanan dalam pengurusan masa, tenaga dan kos
5. Membina satu kerangka kerja apa yang patut dilakukan untuk menentukan halatuju masa depan organisasi.
6. Menyediakn kerangka untuk meningkatkan keupayaan dalam persaingan dan peningkatan prestasi.
7. Menyediakan ruang untuk semua ahli organisasi terlibat dan bertangggungjawab sama dalam mencapai matlamat organisasi.
8. Mengimbangkan organisasi dengan perkembangan persekitaran.
9. Menjadikan organisasi lebih berfokus (First thing first).
10. Menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin yang cemerlang; melakukan perkara yang betul, dengan betul, untuk orang/pihak yang betul, pada tempat yang betul, pada masa yang betul dan dalam bajet yang betul

Isnin, 27 April 2009

CLIMATE FOR CREATIVITY AND INNOVATION


Introduction
Among the many streams of research regarding influencing factors on innovation, the idea of having a creative working climate (or environment) within an organization which related to a suitable working culture to facilitate an environment which would then enhanced the organizational power was very much often being mentioned. This idea had been put forward during the middle 1980’s and late 1990’s by several scholars among others included Ekvall, Arvonen and Waldenstrom-Lindblad (1983), Ekvall and Tangeberg-Anderson (1986), Zain Mohamed (1995), Zain Mohamed and Rickards (1996) and Amabile and Conti (1999) who focus on organizational climate factors which can foster creativity and innovation.
Researches on innovation had also identified a number of human, social and cultural factors which are crucial to the effective operation of innovation at the organizational level (OECD, 1997). These factors according to OECD (1997) were mostly centered around learning; it is learning by organizations as a whole (diffusion of knowledge to a broad range of key individuals within them) which is critical to an organization’s innovative capabilities. Beginning late 1990’s and the year 2000, the idea of learning at the organizational level and knowledge management had been closely linked to innovation (Argyris and Schon, 1978; Drucker, 1988; Garvin, 1993; Nonaka and Takeuchi, 1995).

What is the climate for creativity and innovation ?
What do we mean when we say climate for creativity and innovation? The answer is really quite simple. Think about where you were the last time you had a really great idea or breakthrough thought for a challenge or opportunity you were facing. Can you describe the important characteristics or aspects of that situation? Were you at work, driving a car, sleeping, dreaming, resting etc..? we often ask this question to large groups of people and rarely hear that their best ideas come while at work behind a desk. When they begin to explain why their ideas seem to come better in one place over another, they are talking about the climate for creativity.

It is important for us to distinguish between organizational climate and culture. An organization’s culture concerns the values, beliefs, history, etc., reflecting the deeper foundations of the organization. The organization’s climate, however, refers to the recurring patterns of behavior exhibited in the day-to-day environment of the organization, as experienced, understood and interpreted by the individuals within the organization. It is peoples’ perceptions of these behaviors that influence their attitudes at work as well as their levels of performance and resulting productivity. As Dr Goran Ekvall, a Swedish organizational climate researcher suggested :
“Climate affects organizational and psychological processes such as communication, problem solving, decision making, conflict handling, learning and motivation, and thus exerts influence on the efficiency and productivity of the organization, on its ability to innovate, and on the job satisfaction and the well-being that its members can enjoy. The individual organization member is affected by the climate as a whole, by the general psychological atmosphere, which is relatively stable over time. No single separate event produces this more lasting influence on behavior and feelings; it is the daily exposure to a particular psychological atmosphere.”

There are many variables that influence peoples’ perceptions of the working climate. For example, some of these variables are :
· The organizational vision, mission, goals and strategies
· The amount of available monetary and physical resources
· The leadership
· Personnel policies ( particularly rewards and promotions)
· The personalities of the people in the organization
· The organizational structures and systems
· Concerns for profits and losses
· Levels of job satisfaction.
All of these variables have an impact on how people view the working climate.

How to create a creative climate
Organizations of all sizes hope to encourage creativity in their employees and, consequently, spur innovation (the successful roll-out of those new ideas to the market). How can they better stimulate creativity in the workplace?
Here are ten tips to help create an organization that welcomes creativity; they are designed to help in what Harvard Business School’s Teresa Amabile has labeled the four stages of the creative process: preparation, incubation, illumination and execution.
Promote creativity and innovation as key organizational values—and the natural human enjoyment that accompanies this creative process. Communicating the importance of creativity encourages staffers to experiment and take risks. Make sure managers understand they will be assessed on the creative spirit and efforts (not results) of those they supervise.
Give staffers permission to make creative mistakes. Recognize that there is risk in creativity and new ideas will sometimes fail. Make it clear to the organization that failing isn’t the worst thing—not trying is!
Budget time and money for creative efforts. Carve out blocks of time for formal and informal brainstorming and experimentation. (This is helpful the incubation stage of the creative process.)
Stimulate creativity through training, outside speakers, and other opportunities to expose staff to external thinking and ideas. (This is crucial in the preparation stage.)
Make sure some of your new staff hires are from different industries or professions. They can help you and your staff look at old challenges in new ways and can offer a needed fresh perspective.
Discourage negativity and NIH (not-invented-here) thinking. Watch for those killer phrases (”We tried that already”; “That will never work”: “That will cost too much.”) that can strangle new ideas in the incubation and illumination stages.
Resist pressure for immediate and significant results from creativity efforts. This will give new ideas time to develop properly and it will also encourage
Protect creative ideas from the organization’s bureaucracy. Large organizations can kill such initiatives through committees and reviews.
Reward creative individuals and creative teams. The people in your organization who contribute to innovation should be recognized and praised, and rewarded financially.
Develop a process to push creative ideas and projects through to completion. Recognize the political and social aspects involved in any organization facing innovation and work to achieve full support of these initiatives.
It is often the case that the larger the organization, the harder it is to nurture creativity and innovation. Some large companies, like 3M, Toyota, and Lockheed, have found ways to develop and commercialize new ideas; often their approach includes structural changes (”skunk works,” independent creative teams, etc.) Whatever the size of the organization, however, focusing time, talent, and management commitment is a good way to encourage creativity and ingenuity at work.
Creating a Climate for Innovation
An enterprise, whether a business or any other institution, that does not innovate will not survive long. And management that does not learn to innovate and foster creativity will not last long. Business and every other organization today have to be designed for change as the norm and must create change rather than react to it.
Innovation is the means by which the entrepreneur creates new wealth-producing resources. It also enables existing resources to have enhanced potential for creating wealth. Innovation is the effort to create purposeful, focused change in an enterprise's economic or social potential. Some innovations come in a flash of genius, but most result from a conscious and purposeful search for innovation opportunities.
Above all, innovation is work rather than genius. It requires knowledge, ingenuity and focus. Without diligence, persistence and commitment, all the talent, ingenuity and knowledge are to no avail. In order to innovate, there must be a fertile atmosphere of creativity. Unleashing creativity requires more than brainstorming sessions. It is more than problem solving. People have ideas all the time. The real question is, "Which ideas are you going to use?"
Few workplaces actually encourage creativity. Management inadvertently stifles it with procedures and the status quo necessary for stability and performance. Individuals stifle it internally through their own voice of judgment.
Negativity, judgment and fear are the enemies of creativity. To the extent these exist in the work environment, there can be little creativity. In business, it isn't enough for an idea to be original; it must also be applicable to creating greater economic growth. It must improve a product or service in some way. Ideas can come from anybody, anytime, and anywhere within the organization. What Can Managers and Leaders Do to Enhance Creativity in the Workplace?
People will be most creative when they feel motivated by the work itself. When people are engaged because of their own natural interest and satisfaction in their work, they will be challenged to be creative through their own intrinsic motivation. External pressures or rewards are never as effective as internal motivation. In order to tap into that resource, people must be matched to jobs that tap into underlying values that motivate and excite them.
In addition to intrinsic motivation, two other components are necessary within an individual for creative resourcefulness, according to Theresa Amabile. 1. Expertise: a person must have the necessary technical, procedural and intellectual knowledge. 2. Creative-thinking skills: a person must be able to use their thinking in flexible and imaginative ways.
Trying to develop someone's expertise and creative-thinking skills can be time-consuming. It is far easier to enhance and tap into someone's internal motivation. Amabile wrote (HBR, Sept.-Oct. 1998) about six managerial practices that enhance creativity. These categories emerged from more than two decades of research that focused on the links between environment and creativity.
1. Challenge: Matching the right person with the right job in order to play into their expertise and creative thinking skills. This can ignite the intrinsic motivation that is the key to unleashing creative potential.
Making a good match requires the manager to have access to important information about employees and their preferences. This may mean using information available through assessments such as DISC, PIAV, Meyers-Briggs or any other instruments that indicate values and preferences. This also requires good listening and observing. People express what interests them and excites them all the time; are you listening?
2. Freedom: Intrinsic motivation and ownership is enhanced when people are free to approach their work the way they choose. They may not choose the mountain, but at least let them decide how they will climb it.
Managers tend to mismanage freedom by changing goals frequently or failing to define them clearly. Worse, they grant freedom in name only, declaring employees to be "empowered" and then they delineate the process to be followed and give penalties for divergence.
3. Resources: Time and money can either support or kill creativity. Some time pressures can heighten creativity. Organizations routinely kill creativity with fake deadlines or impossibly tight ones. This creates distrust, or burnout. Creativity takes time. Incubation periods have to be scheduled in.
Project resources that are too limited can push people to use their creativity to finding additional resources, rather than actually developing new products or services. 4. Work-Group Features: Managers must create teams with a diversity of perspectives and backgrounds. When people come together with diverse intellectual foundations and approaches to work, ideas often combine in exciting and useful ways.
Managers often make the mistake of putting similar people together. This may seem desirable because the people see eye to eye and get along, thus making decisions quicker. Their very homogeneity, however, does little to enhance expertise and creative thinking.
5. Supervisory Encouragement: Managers neglect to praise creative successes and unsuccessful efforts and thereby inadvertently contribute to stifle creativity. To sustain passion, people need to feel their work matters and is important. A certain tolerance is required for mistakes and failures so that they can be used creatively.
Managers often look for reasons not to use a new idea. Research shows that an interesting psychological dynamic underlies this phenomenon. People believe that their bosses will perceive them as smarter if they demonstrate critical, analytical thinking.
This creates a negativity bias that has severe consequences for the creative process. Such a culture of evaluation leads people to focus on external rewards and punishments instead of on being creative. It creates a climate of fear that undermines intrinsic motivation.
6. Organizational Support: Creativity is truly enhanced when the entire organization supports it. This is the job of the leaders of the organization who must put into place appropriate systems and procedures that emphasize that creative efforts are a top priority.
Leaders can support creativity by ensuring that information sharing and collaboration is the norm. Political problems and gossip take people's attention away from work. That sense of mutual purpose and excitement that is so central to tapping into the power of intrinsic motivation must be encouraged and supported. It can be killed by cliques and political factions. Taking the Mystery Out of Innovation
Using old ideas as raw materials for new ideas lets companies innovate continuously. However, the key is to systematize the constant generation and testing of fresh ideas. In order to foster innovation, Andrew Hargadon and Robert Sutton (HBR, May-June 2000) advocate four steps: 1. Capturing good ideas 2. Keep ideas alive and accessible 3. Imagine new uses for old ideas 4. Put promising concepts to the test "Social innovation and not technical innovation drives most successful companies." ―Jim Collins Seven Sources of New Ideas According to Peter Drucker, four areas of opportunity for innovation exist within a company or industry: 1. Unexpected occurrences 2. Incongruities 3. Process needs 4. Industry and market changes Three others exist outside a company in its social and intellectual environment: 5. Demographic changes 6. Changes in perception 7. New knowledge "Innovation is the way two ideas are brought together to generate something greater than its sum."― Robert E. Knowling, Jr. Business leaders must change how they think about innovation. They must change how their company cultures reflect that thinking. If people are given opportunities, innovation can be bolstered anywhere if people are encouraged to use good ideas from all sources inside or outside the company. Innovation and creativity are far less mysterious than previously thought. They are a matter of taking developed ideas and applying them in new situations. If the company has the right connections and the right attitude, it works.
Creating an Idea Factory: Lessons from Edison
Perhaps the greatest creation of Thomas Edison may have been his invention factory. His Menlo Park, New Jersey, laboratory was the world's first R&D facility. He built it for the "rapid and cheap development of an invention" and delivered on his promise of "a minor invention every ten days and a big thing every six months or so." In six years of operation, it generated more than 400 patents.
Rather than focusing on one invention, one field of expertise, or one market, Edison created a setting that enabled his inventors to move easily in and out of separate pools of knowledge, to keep learning new ideas and to use old ideas in novel situations.
They used old ideas and materials in new ways. The phonograph blended elements from past work on telegraphs, telephones, and electric motors. In 1820, H.C. Oersted, a Dane, discovered that a wire carrying an electric current was surrounded by a magnetic field. In 1825, W. Strugeon, an Englishman, wound a live wire around an iron bar and created an electromagnet. In 1859, H. van Helmholtz, a German, discovered he could make piano strings vibrate by singing to them. Later L. Scott, a Frenchman, attached a thin stick to a membrane; when he spoke to the membrane, the other end of the stick would trace a record of his voice sounds on a piece of smoked glass. Then, in 1874, a Scotsman from Canada, working in Cambridge MA, put these elements into one instrument. The instrument was the telephone and the man was Alexander Graham Bell. The only thing Bell contributed was a fresh synthesis; there was no new discovery.
How Is Your Climate for Innovation?
In our work with organizations, we find that the climate for innovation is crucial, poorly understood, and all but ignored when thoughts turn to improving the level of innovation. When leaders wish to improve the climate, many times they will just shotgun it - doing something that is poorly thought out, or doing something that makes the situation worse. There is a better way - first understand the system and get the data, then decide what to do.
Based on the pioneering work of Goran Ekvall in Sweden some 20 years ago, it is now possible to quantify the climate for innovation. Ekvall's work has been further refined and validated by Scott Isaksen and others at the Center for Creative studies at SUNY-Buffalo, who have defined nine dimensions of the climate for innovation. These nine dimensions are:
1. Challenge (How challenged, how emotionally involved, and how committed am I to the work?)
2. Freedom (How free am I to decide how to do my job?)
3. Idea Time (Do we have time to think things through before having to act?)
4. Idea Support (Do we have a few resources to give new ideas a try?)
5. Trust & Openness (Do people feel safe in speaking their minds and openly offering different points of view?)
6. Playfulness and Humor (How relaxed is our workplace - is it OK to have fun?)
7. Conflicts (To what degree do people engage in interpersonal conflict or "warfare?")
8. Debates (To what degree do people engage in lively debates about the issues)
9. Risk-Taking (Is it OK to fail when trying new things?)
Ekvall was able to validate the climate for innovation as a determinant of business success in his original work in Sweden, and that validation is now in progress in the United States. Intuitively you already know the outcome - of course there will be a correlation between the climate for innovation and business success!
We find we can group the nine dimensions into three areas: (1) Resources, (2) Personal Motivation, and (3) Exploration. Considering the nine dimensions organized in this way, we have:
RESOURCES
1. Idea Time
2. Idea Support
3. Challenge and Involvement

PERSONAL MOTIVATION
1. Trust and Openness
2. Playfulness and Humor
3. Absence of Interpersonal Conflicts

EXPLORATION
1.Risk-Taking
2. Debates About the Issues
3. Freedom

PERANAN MOTIVASI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN


PENGENALAN
Pada umumnya, seorang pekerja yang gembira merupakan pekerja yang paling produktif. Dengan kata lain, kepuasan bekerja mendorong peningkatan prestasi. Penglibatan pekerja, bimbingan dan tunjuk ajar serta motivasi adalah ramuan yang penting dalam menentukan kejayaan keseluruhan organisasi pendidikan. Di dalam organisasi pendidikan didapati “pendidikan bertaraf dunia” adalah sebagai wacana dalam Dasar Pendidikan Negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu.
DEFINISI
Pengurusan Sumber Manusia didefinisikan sebagai suatu pendekatan pengurusan strategik yang melibatkan elemen terpenting dalam organisasi, iaitu individu yang menyumbangkan idea, kepakaran dan tenaga ke arah pencapaian objektif organisasi. Pengurusan sumber manusia juga merupakan pendekatan pengurusan tenaga kerja secara menyeluruh meliputi aspek perancangan, latihan, perkembangan kerjaya, keselamatan dan kebajikan pekerja, menilai prestasi pekerja, memotivasikan pekerja sehingga aspek disiplin dan pampasan pekerja. Menurut Schuler ( 1995), pengurusan sumber manusia adalah berkenaan dengan pengurusan manusia sesebuah organisasi dengan cara paling berkesan demi kebaikan pekerja, organisasi dan masyarakat.
Istilah motivasi pula berasal daripada perkataan Latin movere yang bermakna bergerak, oleh demikian istilah motivasi bermakna mendorong, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah laku. Motivasi juga ialah proses untuk membangkit, mengekal dan mengawal minat dalam melakukan sesuatu tindakan. Motivasi berlaku dari dorongan dalaman dan luaran. Individu yang berjaya selalunya dikaitkan dengan mempunyai kekuatan, cita-cita tinggi, kebijaksanaan, daya saing dan daya suai yang kukuh. Menurut Bartol & Martin (1994), motivasi juga dikaitkan dengan kuasa yang memberi tenaga kepada gelagat, memberi arah haluan kepada gelagat dan menjadi asas kepada kecenderungan manusia untuk bertekun.

ORGANISASI PENDIDIKAN - PROFESION PERGURUAN MASA KINI

Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.

Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Sehubungan dengan hasrat ini konsep sekolah bestari telah diperkenalkan dan guru-guru pula haruslah memberi satu respons yang positif ke arah mengimplementasikannya. Dalam situasi ini guru-guru harus membuat sedikit anjakan paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran begitu juga dalam amalan di bilik darjah:

“Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan
tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan “reasonable” kepada yang lain:
yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear, dan lateral yang menggunakan budaya “reflective rationality” dan yang “unreasonable”
(Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin)

Dari petikan di atas membawa implikasi bahawa guru tidak seharusnya berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi sekarang. Guru harus meneroka dengan lebih giat lagi serta sanggup menerima segala cabaran dalam arena mencari dan menyampai ilmu. Guru seharunya lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akibat daripada perkembangan teknologi dan perledakan maklumat. Dengan kata lain kepuasan bekerja seseorang guru akan mendorong peningkatan prestasi.

TEORI-TEORI MOTIVASI

Motivasi ialah proses untuk membangkit, mengekal dan mengawal minat dalam melakukan sesuatu tindakan. Motivasi berlaku dari dorongan dalaman dan luaran. Individu yang berjaya selalunya dikaitkan dengan mempunyai kekuatan, cita-cita tinggi, kebijaksanaan, daya saing dan daya suai yang kukuh.

Teori motivasi boleh dikelompokkan ke dalam dua jenis dan berbeza sudut pendekatannya. Pertama, teori kandungan menerangkan unsure-unsur yang secara semulajadi wujud di dalam diri manusia dan bagaimana unsure-unsur semulajadi ini mempengaruhi sikap dan tingkah laku manusia.Teori-teori jenis ini juga disebut dengan istilah teori-teori keperluan. Antara teori yang termasuk dalam kategori ini ialah Teori Hirarki Keperluan oleh Maslow, Teori Dua-Faktor yang dikemukakan oleh Herzberg dan Teori Motivasi Pencapaian oleh McClelland. Teori-teori ini secara tidak langsung menerangkan motivasi individual iaitu mengapa seseorang itu melakukan apa yang dilakukannya, tanpa sebarang dorongan daripada orang lain.

Jenis teori kedua ialah teori proses yang menerangkan proses-proses motivasi iaitu apa yang mendorong seseorang memulakan sesuatu perbuatan, apa yang menyebabkan perbuatan ituditeruskannya dan apa yang menentukan arah perbutan itu. Antara teori-teori yang termasuk dalam kategori ini ialah Teori Pengharapan (Expectancy Theory ), Teori Ekuiti, Teori Gol ( Goal Theory) dan Teori Atribusi (Attribution Theory). Teori-teori proses mengatakan manusia sentiasa memproses maklumat dan seterusnya mengambil pelbagai keputusan. Setiap keputusan yang diambil itulah yang menentukan tingkah laku individu berkenaan. Teori-teori jenis ini juga percaya setiap tingkah laku manusia didorong oleh tujuan.

Pada dasarnya, tiap-tiap teori motivasi mendakwa ganjaran atau reward sangat besar pengaruhnya ke atas tingkah laku individu. Dalam erti kata lain, apabila sesuatu tingkah laku itu diberi ganjaran maka itulah yang dilakukan. Seseorang itu terdorong melakukan sesuatu perbuatan dengan harapan dia akan mendapat ganjaran yang diharapkan.

Teori keperluan Maslow mengatakan sebagai manusia biasa, seseorang itu melakukan apa yang dilakukannya disebabkan ingin memenuhi keperluan-keperluan dari segi jasmani, emosi dan rohani. Maslow juga yakin setiap manusia mempunyai harga diri dan maruah yang mesti dimuliakan. Maslow juga mengenalpasti lima peringkat keperluan iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan maruah dan penyempurnaan diri. Antara keperluan fisiologi ialah makanan, air, udara, tidur, seks dan kepuasan pancaindera. Apabila seseorang itu hendak mendorong sasaran, salah satu cara ialah memberi makan atau makan bersama-sama. Sebagai organisasi pendidikan terutamanya sekolah adalah menjadi amalan mengadakan jamuan bagi majlis hari guru, keraian, perpisahan dan jamuan akhir tahun. Jamuan ini penting bagi menghargai guru-guru dan secara tidak langsung memberi dorongan kepada para guru untuk menjalankan tugas dengan lebih baik lagi. Bagi ketua-ketua jabatan seperti pengetua atau guru besar yang sering berkursus atau bermesyuarat di luar kawasan boleh membeli barangan berupa makanan dan sebagainya sebagai ole-ole kepada guru-guru dan kakitangan sokongan. Hadiah jenis ini murah harganya dan boleh dinikmati oleh semua tanpa mengganggu tugas serta sebagai tanda ingatan seorang ketua kepada orang bawahannya. Keperluan seterusnya adalah kepuasan pancaindera seperti sentuhan dan belaian. Guru-guru yang bertugas di kampung-kampung atau kawasan pedalaman perlu membanyakkan perbuatan bersalaman dengan masyarakat setempat setiap kali mereka berinteraksi. Secara tidak langsung ia menjadi dorongan atau rangsangan untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi dan memberi kepuasan kepada guru tersebut untuk menjalankan tugas di kawasan yang asing bagi mereka.

Keperluan keselamatan juga penting kerana melibatkan keinginan hendak hidup dalam keadaan aman, tenteram, stabil, bebas daripada rasa khuatir, bimbang dan takut. Bagi organisasi pendidikan terutamanya sekolah, keperluan keselamatan ini meliputi keselamatan fizikal sekolah seperti bangunan yang kukuh, keselamatan guru serta pelajar dan sebagainya. Selain itu keselamatan emosi di mana seseorang itu yakin tidak akan mengalami perasaan dirinya dihina, diberi malu, dikecewakan, sedih, takut dan lain-lain emosi yang membawa penderitaan pada batinnya. Apabila seseorang itu suka menegur, mengkritik dan memarahi orang lain, ini menyebabkan orang-orang itu berasa tidak selamat apabila berinteraksi dengannya. Ini menyebabkan mereka menjauhkan diri daripadanya. Sebagai contoh seorang pengetua atau guru besar yang suka marah-marah atau mengkritik di hadapan khalayak ramai boleh menyebabkan orang-orang bawahannya seperti guru-guru berasa tidak selesa dan hilang minat untuk melakukan sesuatu tugasan itu dengan lebih baik. Salah satu ciri tingkah laku pekerja bermasalah ialah mereka hanya membuat apa yang disuruh oleh si ketua dan tidak mahu mengambil daya usaha sendiri. Ramai juga ketua seperti guru besar atau pengetua mengenakan ancaman dan ugutan seperti ditukar ke tempat lain, tiada kenaikan pangkat dan sebagainya. Oleh itu keperluan mahu terselamat daripada dimarahi ketua mendorong sesetengah pekerja menyiapkan kerja-kerjanya ala kadar sahaja, asalkan tidak kena marah. Oleh itu jelas disini, mereka didorong oleh rasa tidak selamat dan bukan didorong oleh hasrat mahu melihat organisasi mencapai matlamat penubuhannya.

Teori motivasi seterusnya adalah teori pengharapan dikenali juga expectancy theory. Teori ini lebih melihat pada peringkat prestasi kerja atau performance. Mengikut teori pengharapan, seseorang pekerja itu mempunyai motivasi kerja yang tinggi apabila dia berada dalam tiga keadaan. Pertama, pengharapannya amat tinggi iaitu dia yakin kerja itu dapat dilaksanakannya dengan betul. Kedua, instrumentalitinya amat tinggi iaitu dia yakin daya usahanya tentu membuahkan hasil yang diharapkannya dan ketiga, valensnya amat tinggi iaitu dia sangat mengingini hasil daripada daya usahanya itu.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi semangat kerja dan prestasi adalah manusia mengharapkan dengan melakukan sesuatu tugas itu maka dia akan mendapat ganjaran yang diharapkan. Nilai ganjaran itu pula bergantung sejauhmana dia memerlukan dan inginkan ganjaran itu. Manusia juga sanggup berusaha lebih apabila pada pandangannya terdapat perkaitan kuat antara usaha dengan ganjaran itu, yakni semakin kuat usahanya, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat ganjaran itu. Sebagai contoh, dalam organisasi pendidikan seperti di sekolah, seseorang guru yang bermotivasi dan percaya ada ganjaran yang diperoleh sekiranya bekerja dengan bersungguh-sungguh seperti mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Guru Bestari dan pelbagai anugerah yang berupa ganjaran kepada para guru.

Daya usaha sahaja juga tidak menjamin prestasi tinggi, ertinya tidak semestinya kerana seseorang itu berusaha lebih kuat maka prestasinya meningkat. Prestasi amat dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi seperti kepintaran, kemahiran, pengetahuan, latihan dan ciri-ciri personalitinya, umpamanya adakah dia seorang yang teguh, gigih, kreatif dan lain-lain. Sebagai contoh seorang guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu seperti teknologi maka guru tersebut lebih diberikan perhatian oleh pihak pentadbir berbanding guru biasa.

Faktor lain yang mempengaruhi semangat kerja dan prestasi adalah ganjaran yang diharapkan. Ganjaran pula terdiri daripada dua jenis iaitu ganjaran dalaman dan ganjaran luaran. Ganjaran dalaman termasuklah perasaan puas apabila tugas itu akhirnya dapat dilaksanakan, perasaan bangga kerana berjaya memikul tanggungjawab yang berat dan pengiktirafan yang diperolehi. Ganjaran luaran pula termasuklah gaji, bonus dan keadaan di tempat kerja. Sebagai contoh terdapat ramai guru yang memiliki ganjaran dalaman ini termasuklah kepuasan yang diperolehi apabila anak-anak didik mereka berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya. Sememangnya para guru lebih bermotivasi sekiranya terdapat tingkah laku positif anak didik mereka termasuk guru-guru yang mengajar prasekolah kerana kebanyakan murid yang memasuki prasekolah bermula dengan kosong iaitu tidak tahu membaca, mengira dan sebagainya tetapi di akhir tahun murid-murid ini ada yang sudah menguasai 3M ( membaca, mengira dan menulis ). Oleh itu, perasaan bangga dan kepuasan akan dirasai oleh guru prasekolah tersebut dan sudah tentu guru tersebut lebih bermotivasi dan cuba meningkatkan prestasi kerjanya walaupun kadangkala usaha tersebut tidak mendapat perhatian dari pihak pentadbir seperti guru besar.

Selain itu, ketua-ketua jangan sekali-kali terlepas kata-kata yang mengandungi ramalan-ramalan negatif ke atas prestasi pekerja disebabkan orang-orang bawahan amat percaya apa yang dikatakan oleh ketua-ketua mereka itu betul. Perkara yang diramalkan oleh seorang ketua mungkin tidak ada asasnya sama sekali, tetapi disebabkan si ketua meramalkan perkara itu terjadi , akibatnya ramalan itu benar-benar menjadi kenyataan. Ramalan si ketua itu hanyalah apa yang dibayangkannya semata-mata. Sebagai pengetua atau guru besar sesebuah sekolah perkara seperti ini kadangkala berlaku juga di mana mereka suka membuat ramalan tentang prestasi kerja guru-guru mereka berdasarkan kepada hubungan guru tersebut dengan pihak pentadbir. Begitu juga antara guru dengan anak-anak muridnya di mana guru tersebut membuat ramalan terlebihdahulu tentang prestasi para pelajarnya dan sudah tentu tiada layanan yang adil. Ramalan juga boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak objektif lagi kerana dia akan melakukan perbuatan-perbuatan yang menyebabkan orang lain berperilaku seperti yang diramalkannya. Ia juga menyebabkan seseorang itu Cuma melihat apa yang diramalkannya, bukan apa yang sebenarnya adalah realiti.

Teori proses seterusnya adalah teori pengukuhan atau reinforcement theory dan teori ini adalah yang paling berguna bagi tujuan mendorong tingkah laku. Teori ini mengatakan manusia melakukan apa yang dilakukannya kerana mengharapkan ganjaran. Ganjaran adalah salah satu faktor yang dapat mencipta hubungan positif antara ketua dan mereka yang menjadi subordinat atau orang-orang bawahannya. Strategi mengubah tingkah laku yang hendak diamalkan di dalam organisasi sebaik-baiknya menekankan aplikasi pengukuhan positif dan bukan pengukuhan negatif, hukuman atau dendaan. Ini lebih penting lagi apabila hendak memberi dorongan perubahan tingkah laku kepada sesuatu kumpulan.

Menurut teori pengukuhan, setiap ganjaran berfungsi sebagai pengukuh bagi sesuatu tingkah laku. Dua fungsi pengukuh adalah pertama, mendorong penerima mengulangi tingkah lakunya yang positif. Sesetengah jenis ganjaran mendorong penerimanya mengulangi tingkah lakunya. Tingkah laku yang diulang itu mungkin yang baik ataupun yang buruk. Ganjaran yang berfungsi dengan cara begini disebut pengukuh positif. Sebagai contoh murid yang diberi perhatian oleh gurunya apabila dia melakukan kesalahan. Lain kali, apabila si murid mahukan perhatian gurunya maka dia boleh mendapatkan perhatian itu dengan melakukan kesalahan.

Fungsi kedua ialah mendorong penerima memberhentikan tingkah lakunya yang negatif. Sesetengah ganjaran mendorong si penerimanya memberhentikan tingkah lakunya, sama ada tingkah laku itu jenis yang baik mahupun yang buruk. Ganjaran yang menimbulkan kesan begini dikatakan mempunyai kesan pengukuh negatif. Pengukuh negatif pula berfungsi memadam atau mencantas sesuatu tingkah laku. Sebagai contoh, seorang guru yang dikenakan tindakan disiplin kerana tidak hadir bertugas dan sebagainya mungkin tidak akan mengulangi perbuatannya itu apabila ditukarkan ke sekolah lain. Contoh tingkah laku baik yang diberhentikan ialah dalam kes seorang guru yang menggunakan inisiatif sendiri sewaktu menjalankan tugas seperti menghantar ke sesuatu pertandingan dengan menggunakan ideanya sendiri tetapi kemudian dimarahi oleh ketuanya, maka selepas itu dia tidak mahu lagi menggunakan inisiatifnya sendiri.

Teori pengukuhan mengatakan setiap individu memerlukan ganjaran bagi semua yang dilakukannya. Sebagai contoh menurut teori ini, seorang pekerja akan membina hubungan baik dengan ketuanya kerana dia mengharapkan ketuanya akan memberi pelbagai ganjaran, tetapi jikalau yang diterima daripada ketuanya adalah yang sebaliknya maka pekerja itu tidak mempunyai dorongan hendak membina hubungan baik itu. Jenis dorongan pula boleh digolongkan dalam dua jenis iaitu dorongan dalaman dan dorongan luaran. Dorongan dalaman ialah kesediaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu sendiri yang menyebabkannya berasa seronok dan puas hati. Dalam keadaan ini apa yang menyebabkannya seronok bekerja adalah pekerjaan itu sendiri. Dorongan dalaman menyebabkan seseorang itu suka melakukan kerja-kerja yang diminatinya walaupun individu-individu lain mungkin mengatakan kerja tersebut sia-sia dan tiada faedah. Sebagai contoh, seorang guru yang sangat minat berkebun serta melakukan keceriaan sekolah akan sentiasa memastikan kawasan sekolahnya sentiasa bersih dan ceria walaupun tugas tersebut sukarela namun guru tersebut sanggup melakukannya selepas waktu sekolah.

Dorongan luaran pula adalah kesanggupan seseorang melakukan sesuatu tugas disebabkan ada ganjaran-ganjaran luaran, ataupun disebabkan tidak mahu dihukum. Dalam keadaan ini faktor keseronokan tidak ada pada tugas tersebut. Hukuman pula adalah contoh pendorong luaran. Lain-lain contoh dorongan luaran ialah wang, pangkat, hadiah, puji-pujian, bintang kehormatan, gelaran dan sebagainya. Kajian-kajian pakar psikologi seperti Amabile dan Fabes mendapati apabila individu-individu yang dahulunya seronok melakukan sesuatu kerja, tetapi kini diberi ganjaran luaran untuk melakukan kerja yang sama, maka didapati hilang rasa seronok dan minat mereka juga merosot. Sebagai contoh, ramai graduan yang memilih untuk menjadi guru adalah kerana tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan lain. Mereka ini, biasanya melakukan tugas mengajar kerana terpaksa dan betul-betul berminat.

Ciri-ciri jenis ganjaran yang berkesan bagi mendorong seseorang itu melakukan kerja-kerja yang baik adalah seperti ganjaran tersebut diberi atas keupayaan iaitu ganjaran itu diberikan apabila individu itu mempunyai keupayaan melakukan tugas tersebut maksudnya beri ganjaran atas apa yang dia berupaya lakukan. Sebagai contoh, guru baru yang mula bertugas sebulan tetapi sudah menunjukkan kecekapan yang amat tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajarannya, maka bolehlah dia diberi ganjaran seperti pujian atau hadiah. Ganjaran jenis ini dapat mendorongnya terus bekerja dengan lebih baik lagi.

Seterusnya, ganjaran diberi atas bakat luar biasa. Ganjaran tersebut diberikan apabila pekerja itu mempunyai pencapaian luar biasa. Sebagai contoh, seorang guru yang baru pertama kali masuk pertandingan pidato atau bahas, tetapi dia berjaya masuk ke peringkat kebangsaan, itu menunjukkan pencapaian luar biasa dan ganjaran yang diterima mendorong dia terus meningkatkan pencapaiannya.

Seterusnya, ganjaran diberi bagi menimbulkan dorongan dalaman iaitu menggunakan ganjaran sebagai salah satu cara menggalakkan pekerja supaya mahu terus melakukan sesuatu tugas itu sehingga timbul minat dan keseronokan dalam hatinya. Ada banyak perkara yang baik tetapi seseorang itu tidak berminat melakukannya, sebagai contoh, perbuatan membaca adalah baik tetapi ramai orang tidak berminat melakukannya termasuk pelajar-pelajar sekolah sehingga diadakan kempen bulan membaca dan program NILAM. Seseorang itu sebenarnya dapat didorong meminati apa yang kurang diminatinya. Beri ganjaran sewaktu dia baru mula mahu melakukan tugas itu. Apabila ada tanda-tanda dia mula seronok melakukan tugas tersebut, kurangkan ganjaran itu sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, apabila mendorong guru-guru belajar menggunakan sistem komputer, beri ganjaran kecil seperti disket percuma dan sebagainya supaya mereka mencapai tahap kemahiran di mana pada tahap itu dia mulai berasa seronok bekerja dengan sistem itu. Apabila sudah seronok, ganjaran dapat dihentikan dan dia akan melakukan kerja tersebut disebabkan dorongan dalamannya sendiri.

Terdapat pelbagai jenis ganjaran yang dapat diberikan sebagai pengukuh positif bagi sikap, tabiat dan tingkah laku positif. Jenis-jenis ganjaran itu adalah makan minum, dalam Islam juga ganjaran bentuk makan minum adalah sangat digalakkan. Antara contoh ganjaran makan minum adalah makan tengahari yang dibayar oleh jabatan, jamuan keraian, bakul makanan dan buah-buahan untuk yang sakit yang dibayar oleh jabatan. Jenis ganjaran seterusnya adalah cenderamata. Antara contoh cenderamata adalah jam tangan, barang kemas, pakaian, hiasan dinding dan sebagainya. Jenis ganjaran seterusnya adalah peralatan kerja. Antara contoh peralatan kerja adalah komputer, keanggotaan kelab eksekutif, perabot pejabat, telefon bimbit dan sebagainya. Seterusnya ganjaran jenis halwa mata dan telinga, contohnya ruang pejabat peribadi yang lebih luas, perhiasan dalaman, muzik yang disalurkan, mendengar penceramah jemputan dan sebagainya. Jenis ganjaran seterusnya ialah pemberian wang. Antara contoh ganjaran kewangan ini adalah hadiah wang khas atas perkhidmatan cemerlang, kenaikan gaji, bonus peribadi, polisi insurans, potongan bayaran hospital, potongan kenderaan dan lain-lain lagi.

Ganjaran sosial pula adalah sebarang kata-kata ataupun perbuatan yang membuatkan seseorang itu berasa dirinya dihargai atas apa yang sudah dilakukannya. Kajian-kajian juga menunjukkan ganjaran jenis ini paling kuat kesannya disebabkan ia memenuhi semua ciri-ciri ganjaran yang baik. Kajian juga menunjukkan kesan ganjaran jenis ini paling besar apabila ia datang daripada individu yang berstatus tinggi contohnya Ketua Pengarah, Pengurus Besar ataupun Guru Besar yang memuji guru atau pekerja bawahannya termasuk murid. Contoh-contoh ganjaran sosial ini seperti puji-pujian lisan yang spesifik, surat pujian, pengiktirafan secara terbuka, jamuan keraian, penghargaan dalam mjlis rasmi, maklum balas kemajuan prestasi dan sebagainya.

Ganjaran sebenar ataupun ganjaran simbolik ialah apa-apa yang diberikan atas apa yang sudah dilakukan oleh si penerimanya. Nilai ganjaran itu bukanlah pada harga sebenar barang tersebut, tetapi pada nilai dan makna emosinya bagi diri si penerima. Contoh-contoh ganjaran simbolik dan ganjaran benar adalah trofi, plak dan lain-lain, alatan kerja seperti komputer, talian telefon terus, telefon bimbit yang dibayarkan bilnya, keahlian kelab, dijemput duduk di atas pentas dan dijemput duduk sebaris ataupun semeja dengan ketua.

Ganjaran kerja pula ialah kuasa dan tugas-tugas tambahan kepada kerja-kerja yang sudah dijalankan. Contoh-contoh ganjaran berkaitan kerja termasuklah kenaikan pangkat, tugas-tugas yang lebih besar dan mencabar, penilaian prestasi yang positif, dilantik ke dalam jawatankuasa penting, diberi peluang berkursus dan belajar, diberi pembantu, dipilih menjadi wakil ketua dan sebagainya. Dalam organisasi pendidikan, ganjaran kerjalah yang paling banyak diberi. Contohnya terdapat guru yang menyandang banyak jawatan penting dalam pelbagai jawatankuasa seperti menjadi setiausaha PIBG, pengerusi kelab staf dan sebagainya. Kajian pakar psikologi juga mendapati wujudnya kecenderungan di mana seseorang membina hubungan dengan individu-individu yang pernah diberi ganjaran olehnya. Kajian itu juga mendapati seseorang itu cenderung menyukai individu yang pernah mereka tolong.

PENUTUP

Sama ada disedari atau tidak ketua-ketua sentiasa memberi maklumbalas akan prestasi dan tingkah laku subordinat mereka, baik di tempat kerja mahupun di luar. Perbuatan memberi maklumbalas adalah salah satu perbuatan yang dapat berfungsi sebagai pengukuh positif yang amat berkesan. Apa yang dimaksudkan sebagai maklumbalas ialah perbuatan memberi maklumat berkenaan apa yang sudah dilakukan oleh subordinat. Maklum balas ini boleh jadi dalam bentuk kata-kata, tingkah laku ketua itu sendiri ataupun hadiah dan pemberian. Semua bentuk maklumat adalah maklum balas. Contohnya apabila seorang guru besar meminta seorang guru menolongnya, guru tersebut mendapat maklumat ketuanya menyukai dirinya. Secara tersirat, setiap ganjaran daripada ketua memberitahu bahawa apa yang dilakukan oleh subordinat adalah tingkah laku yang baik. Akhir kata, dalam organisasi pendidikan khususnya sekolah seseorang guru perlu sentiasa meningkatkan prestasi kerja supaya tergolong dalam kategori pekerja yang paling produktif selaras dengan matlamat pemimpin negara untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

DASAR PENDIDIKAN NEGARA


PENGENALAN

Pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan Negara hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dari segi penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun KPM akan sentiasa peka dan prihatin kepada perubahan yang berlaku dalam urusan meningkatkan kualiti pendidikan dan menghasilkan modal insan beracuan sendiri.

Dasar Pendidikan Negara pada umumnya digubal pada peringkat pusat iaitu oleh kabinet kerajaan dan Kementerian Pelajaran melalui sistem jawatankuasa. Penggubalan dasar yang berpusat adalah untuk menjamin agar sistem pendidikan itu berjalan secara serentak, menyeluruh dan seragam. Dasar-dasar pendidikan merupakan pengantar atau media yang khusus bagi menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan Negara. Dasar pendidikan utama negara ini mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Hal ini disebabkan aspirasi bahawa segala usaha dalam pendidikan adalah untuk mencapai integrasi nasional.

Dasar pendidikan Negara ini dinyatakan dengan jelas, sama ada yang termaktub dalam undang-undang ataupun dinyatakan dalam laporan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan. Dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan kepada pelbagai aspek dan komponen dalam system pendidikan, iaitu meliputi peringkat pendidikan formal, penis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan infrastruktur dan sumber. Perincian dasar-dasar sedemikian rupa adalah untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan.

DEFINISI DAN LATAR BELAKANG

Dari segi bahasa dan konteks dalam bidang sains sosial, dasar sama ertinya dengan asas, iaitu sesuatu ketetapan yang menjadi pegangan dan tunggak tindakan dan urusan. Perkataan Inggeris yang seerti dengan dasar ialah policy. Dari segi etimologinya, policy berasal dari perkataan Greek iaitu ‘polis’ yang bermakna city-state. Dalam bahasa Latin kemudiannya menjadi politia yang merujuk kepada Negara. Seterusnya perkataan policie digunakan dalam Middle English untuk merujuk pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan. Dasar digubal oleh golongan pemimpin, pemerintah atau pentadbir di dalam sesuatu institusi organisasi dan kerajaan. Dasar kerajaan dalam pelbagai bidang seperti social, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dinyatakan secara formal dalam dokumen urusan pentadbiran bidang-bidang berkenaan.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010
TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA

Memberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

Dasar KPM adalah menyokong hasrat negara untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara.

Fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan.

Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu. Selain itu matlamatnya adalah untuk menyemai nilai-nilai ini sejak dibangku sekolah lagi.
TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada system nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
Dasar teras ini adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni serta memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar.
Matlamat dasar ini pula adalah untuk melahirkan modal insan yang berkebolehan untuk belajar, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan; berkebolehan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan baik; berupaya berfikir secara kreatif dan kritikal serta mampu bertindak secara rasional; sentiasa mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; sentiasa menghormati kelainan orang lain dan perbezaan individu serta berupaya menjadi pemimpin yang baik dan berkesan di dalam keluarga dan masyarakat.
KPM akan membangunkan modal insane dengan memberi fokus dan strategi pelaksanaan seperti mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar iaitu meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan, meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh Negara serta memperluas dan memantapkan lagi pelaksanaan MPV di sekolah-sekolah. Seterusnya meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan iaitu mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi, Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan dan melaksanakan Program Pembestarian Sekolah seperti menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi, menyediakan perisian yang lengkap dan pelbagai, mengadakan latihan dan bimbingan serta mewujudkan system penyelenggaraan berterusan.
Strategi seterusnya memupuk pelajar memiliki kemahiran dan ketrampilan seperti membina penampilan diri yang positif, memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab serta menekan aspek nilai murni termasuklah keselamatan, kebersihan dan kesihatan (3K) dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti ko-kurikulum.
Seterusnya, memantapkan system pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistic iaitu menyediakan pentaksiran alternatif, mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Selain itu strategi berikutnya adalah memantapkan program kokurikulum dan sukan seperti menambah baik aktiviti sukan dan kokurikulum, memperkasakan sukan di sekolah ke arah untuk semua, memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan.
Seterusnya, memperkukuh disiplin pelajar iaitu penggubalan peraturan disiplin baru, menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap menangani gejala salah laku murid dan memantau sekolah-sekolah yang menghadapi masalah disiplin. Berikut, memantapkan kurikulum iaitu meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta penyediaan infrastruktur dan perkakasan mencukupi bagi pembestarian sekolah. Seterusnya meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi iaitu pelaksanaan aktiviti dengan pelbagai agensi.

TERAS 3 : MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN
KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan ( rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
Dasar memperkasakan SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendah yang berbahasa pengantar Bahasa Melayu dan sekolah menengah kebangsaan menjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan dan memperkukuh perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum. Justeru, pelajar-pelajar ini dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta toleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional.
Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana. Sasaran jangka panjang KPM adalah untuk menjadikan SK pusat kecemerlangan pendidikan daripada semua segi seperti prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian kokurikulum dan sukan, penguasaan ICT, kualiti guru dan kepimpinan sekolah. Satu penanda aras akan ditetapkan bagi memastikan agenda memperkasakan SK akan terus berada pada landasan yang betul dan usa akan dilaksanakan bagi mengenalpasti SK yang cemerlang untuk dijadikan model kepada SK lain.
TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru KPM akan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minima. KPM juga akan memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan seperti jurang bandar dan luar bandar yang merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Jurang digital pula merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Jurang antara tahap pencapaian pelajar pula merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan. Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar berkeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat. Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar.
TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
Usaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaik taraf maktab perguruan kepada institute pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah, dan juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.
Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan Negara. Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut, fokus memartabatkan profesion keguruan adalah menambah baik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru serta memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.
KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada focus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon. Memantapkan latihan perguruan iaitu menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru seperti memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru, memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care dan lain-lain.
Seterusnya, memantapkan kerjaya guru dengan menambah baik penjawatan guru dan menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM, JPN dan PPD. Berikutnya menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru seperti menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dengan menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman , luar bandar dan bandar, mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkanbeban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran, menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan serta memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia iaitu penyediaan mekanisme bekalan guru dengan mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru, memantapkan mekanisme unjuran guru, menambahbaik sistem maklumat guru dan mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.

TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN
Usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan adalah dengan memberi kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan bidang-bidang khusus ( niche areas ). Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar Negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sisitem pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan cirri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada.
Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi ini juga diharapkan dapat dijadikan showcase pada peringkat antarabangsa sebagai bukti keupayaan system pendidikan Negara seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
Sebagai institusi yang telah bersedia dari segi keupayaan pelajar pelajar, guru dan pengetua, institusi yang cemerlang ini juga diharapkan dapat menjadi tapak untuk merintis pendekatan dan perubahan baru yang hendak dilaksanakan dalam system pendidikan. Pelajar yang lahir dari institusi yang cemerlang ini diharapkan mempunyai kecemerlangan akademik dan kokurikulum, berkemahiran, berkeperibadian tinggi, mempunyai semangat kerja berpasukan, berfikiran kreatif, bersemangat patriotik, berfikiran global dan berdaya saing.
Pengetua, guru besar dan guru dari institusi yang cemerlang ini pula diharapkan dapat menjadi contoh dan boleh berkongsi pengalaman dengan pengetua, guru besar dan guru-guru dari institusi lain. Di samping itu, institusi-institusi ini juga diharap dapat mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.
Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster instituĂ­s pendidikan tertentu akan dikenalpasti dan dipilih mengikut elemen utama eleven sokongan. Elemen utama adalah kurikulum berdasarkan pencapaian purata dalam peperiksaan awam sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut, gred purata sekolah, bilangan pelajar mendapat A serta mempunyai sejarah kecemerlangan dalam matapelajaran tertentu dan kokurikulum berdasarkan pencapaian kokurikulum pada peringkat daerah, kebangsaan dan luar negara serta anugerah-anugerah khas.
Elemven sokongan pula seperti pengurusan dan pentadbiran sekolah berdasarkan kecekapan dalam menguruskan sekolah, pelajar, sumber tenaga manusia, kemudahan asas, penambahbaikkan berterusan seta mempunyai perancangan yang komprehensif dan sistematik. Ketrampilan guru berdasarkan guru-guru siswazah dan bukan siswazah, guru yang menerima anugerah, guru khas dan guru pakar. Kepimpinan pengetua berdasarkan gaya kepimpinan yang cemerlang, keupayaan menggerakkan seluruh warga sekolah dan cara berkomunikasi yang berkesan dan lain-lain lagi. Sekolah-sekolah yang terpilih ini akan mencadangkan satu bidang khusus yang ingin dibangunkan atau pendekatan yang ingin diperkenalkan untuk melonjakkan kekuatan yang ada pada sekolah tersebut.
Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara seperti memastikan kepimpinan teguh dan berkesan iaitu pengenalpastian dan pemilihan pengetua, guru besar dan guru penolong kanan akan dibuat secara lebih awal. Pemantapan latihan kepimpinan guru besar dan pengetua oleh IAB. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi iaitu pemilihan guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temuduga. Memberi lebih autonomi kepada sekolah dalam meningkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah seperti pemilihan tenaga pengajar berdasarkan permohonan atau pengenalpastian oleh pihak sekolah, perlantikan staff sokongan tanpa mengikut norma perjawatan biasa, pewujudan kelas khas bersesuaian dengan bidang khusus yang dipilih dan sebagainya.
Seterusnya mewujudkan sistem akauntabiliti iaitu menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program KPM dan pihak sekolah bersama-sama menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pihak sekolah serta memantapkan penyediaan mekanisme untuk menilai prestasi sekolah secara terus oleh Jemaah Nazir Sekolah, Bahagian audit. Sekolah dan Bahagian Sekolah.
Berikutnya, mewujudkan piawaian dan penanda aras yang dijadikann contoh kepada negara membangun dan maju iaitu menyediakan pengurusan perubahan seperti meningkatkan kecemerlangan sekolah dan instituĂ­s pendidikan melalui pengurusan perubahan. Mengenalpasti amalan terbaik seperti menyediakan dan melaksanakan Standard dan penanda aras baru, menjalankan anlisis jurang, menjalankan kajian impak dan keberkesanan dan sebagainya.
Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan iaitu meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara, mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa secara berkesan untuk menarik minat pelajar dan ekspatriat negara luar. Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang pendidikan di rantau asia. Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat antarabangsa, Penglibatan yang lebih aktif dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA.
Merintis perubahan dan pembaharuan seperti melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah, mengadakan p &p berasaskan Model Hasil Pembelajaran, mengurangkan tempoh pendidikan menengah dan menjadikan sistem persekolah wajib 12 tahun dan memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT.

Teori pembelajaran dan pengajaran


Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
Kaedah sumbang saran
Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
Kaedah oudioligual
Kaedah kodkognetif
Kaedah projek
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
3. Memory
Address three pressing problem you have faced in your class and solve these problem based on what you now know about Memory.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan a. kematangan fizikal b. kematangan intelek c. kematangan emosi
a. Kematangan fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.
b. Kematangan intelek (mentel) Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.
c. Kematangan Emosi Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. GGGerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata. 4. Metacognition - What is your reaction to the video on metacognition? - Explain in your own words three or more benefits of applying metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in your classes?
Metacognition dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980) metacognition’ adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Boyer dalam model ‘ Functional Thinking’ nya menyatakan lebih jelas bahawa ‘ Metacognition adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring). Dan menilai (assessing) satu-satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan “Boyer menjelaskan bahawa ‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri. Menurutnya “ Metacognative operations are applied to the strategies and skill used to produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks to make meaning”. Dengan ini ini metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan startegi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelasaian masalah tersebut.
Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive: 1. Kaedah perbincangan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak topic sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya. Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancer, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan.
2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: • Penyampaian harus cekap dan menarik • Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat • Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman. Sama ada ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu sama lain. Berikut mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan.
Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpanya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu.
Berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan.
Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.
Diambil daripada
"http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran"