Khamis, 4 Ogos 2011

PERLAKSANAAN PROGRAM SEHARI DI PUSAT ASUHAN




JADUAL DAN RUTIN HARIAN

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di Pusat Asuhan Kanak-kanak adalah berasaskan kepada umur dan tahap perkembangan kanak-kanak, jangkamasa program, rutin, aktiviti dan keperluan asas.

Perlaksanaan jadual harian perlu mengambil kira beberapa faktor seperti :

· Ketibaan
· Permainan bebas
· Urut
· Rutin
· Sarapan
· Menggosok gigi/bersihkan diri/mandi
· Circle time/perbualan awal/perhimpunan besar dan kecil.
· Senaman pagi
· nature walk
· Main pasir/ air
· Makan buah
· Aktiviti permata (2 aktiviti)
· Bersihkan diri
· Makan tengahari
· Rehat dan tidur
· Mandi
· Minum petang
· Mendengar cerita/ aktiviti permata
· Pemainan luar/ main bebas
· Refleksi dan pulang

Jadual yang konsisten ialah supaya kanak-kanak akan merasa selamat dan boleh menjangka urutan aktiviti yang akan berlaku seterusnya di samping meningkatkan keyakinan diri mereka. Kanak-kanak di bawah usia tiga tahun terutamanya adalah lebih bersifat individu.