Isnin, 23 September 2013

Definis Pengetua

Pengetua adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih penting adalah seorang pemimpin yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Dalam konteks ini, ketiga-tiga tugas diistilahkan sebagai pemimpin atau kepimpinan kerana aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepimpinan (Baharom et. al 2009).Pengetua berperanan memastikan kesinambungan antara struktur dengan sistem sedia ada tetapi juga mampu menggerakkan orang bawahannya untuk berubah supaya organisasi berkenaan lebih sensitif dan bergandingan bagi menangani arus perubahan yang melanda sistem pendidikan (Moh Nor & Jazmi, 2006). Kepimpinan boleh didefinasikan sebagai keupayaan mempengaruhi , memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan supaya bersetuju untuk melaksanakan program-program dan melakukan perubahan-perubahan kearah mencapai matlamat organisasi (Ishak, 2002).Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002)mengatakan kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lainlakukan secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited.Bagi Houseet al,(dlm, Yukl, 2002) kepimpinan adalah keupayaan seseorangindividu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain

Hubungan Gaya Kepimpinan terhadap guru

Hubungan gaya kepimpinan pengetua meningkatkan keseronokan kerja guru. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara keseronokan kerja guru lelaki dengan guru perempuan. Kajian ini dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di Puchong, Selangor bagi mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua dan keseronokan kerja guru. Maklumat yang didapati penting bagi membolehkan pengetua menyesuaikan gaya kepimpinan yang berkesan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya ke arah kecemerlangan pendidikan.

Kepimpinan Pengetua

Pengenalan Gaya kepimpinan seseorang pengetua sering kali dilihat mempunyai pengaruh dalam peningkatan hasil kerja guru. Pengetua sebagai pemimpin perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Cabaran utamanya ialah bagaimana dia boleh mempengaruhi individu-individu di bawahnya untuk menyokong visi, misi dan strategi-strategi yang direncanakan.Kepemimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikan sekolah yang berterusan (Muijsdan Harris, 2007 ; Abdul Ghani & Anandan, 2009).Dalam usaha memastikan kepimpinannya menjadi panduan dan ikutan, seseorang pengetua perlu menyedari bahawa gaya kepimpinannya yang relevan dengan keperluan dan kehendak semasa banyak mempengaruhi kejayaan dan keseronokan pekerja bawahannya. Pemimpin yang cmerlang lebih mementingkan perkara manakala pengurus pula mementingkan cara. Oleh itu, keupayaan dan kebolehan mereka dalam menghadapi dan menangani situasi ini memerlukan pelbagai gaya kepimpinan. Dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) kepimpinan pengetua dianggap teras utama kepada pendidikan berkualiti iaitumerujuk kepada kecemerlangan pendidikan. (Abas Awang & Balasundran, 2002) berpendapat pengetuaadalah individu yang diamanahkan untuk merealisasi aspirasi dan pembangunan pendidikan negara.Sesungguhnya sekolah yang efektif adalah berakar umbi kepada kepimpinan pengetua yang cemerlang dan berkesan.