Selasa, 12 Januari 2010

KEBERKESANAN KEPIMPINAN DI KALANGAN PENTADBIR

Pentadbiran di sekolah mempunyai sejarah yang begitu lama di negara ini. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, wujudnya suatu sistem pendidikan kebangsaan oleh kerajaan dan pentadbiran di sekolah telah menjadi lebih kompleks jika dibandingkan dengan masa sebelum merdeka. Perubahan ini merupakan salah satu strategi kearah menyediakan infrastruktur yang lengkap dan terkini bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang semakin mencabar.
Pentadbiran sekolah dibawah pimpinan seorang pengetua telah menjadi suatu bidang yang memerlukan pengetahuan, kecekapan, pengalaman mengajar dan mentadbir yang tinggi. Pengetua sebagai pemimpin dan sekaligus sebagai pengurus pendidikan di sekolah, adalah menjadi faktor utama kepada bukan sahaja kejayaan sebuah sekolah, bahkan dengan kepimpinan dan pengurusannya dengan misi dan visinya boleh menentukan hala tuju institusi pendidikan yang diamanahkan kepadanya.
Tambahan lagi, pengetua adalah pelaksana dasar pendidikan di peringkat sekolah. Menurut Levin dan Lockheed (1993) membuktikan bahawa "….principals can make a difference." Ubben dan Hughes (1987) pula, "It is the leadership of the school that makes the difference between mediocrity and excellence.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan