Selasa, 11 Oktober 2016
Organisasi Pembelajaran
Senge (1990) mendefinisikan organisasi pembelajaran sebagai satu organisasi di mana ahlinya sentiasa mengembangkan kapasiti mereka untuk melahirkan hasil yang mereka ingini, baru, dan corak pemikiran yang berharga dipelihara, hasrat kolektif diberi kebebasan, dan masyarakat secara berterusan belajar bagaimana untuk belajar bersama.
Maira dan Scott-Morgan (1997) mencadangkan istilah lain bagi organisasi pembelajaran iaitu accelerating organization. Dua pengenalan penting dalam konsep yang sama adalah the journey is the destination (perjalanan itu adalah destinasi) dan organisasi mesti sentiasa mewujudkan perubahan yang tiada akhirnya (never-ending change). Dalam organisasi ini perubahan asas mesti mengambil alih untuk menukar kepada organisasi yang mampu sentiasa berubah. Organisasi pembelajaran yang dibentuk oleh Watkins dan Marsick (1993) menggunakan enam dimensi organisasi pembelajaran. Watkins dan Marsick (1996) menambah dimensi yang ketujuh. Dimensi tersebut adalah seperti berikut:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan