Khamis, 7 Mei 2009

PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Ia adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memfokuskan bidang pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan dalam memperkembang potensi seseorang individu secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai ilmu pengetahuan.
Objektif
Melalui Pembestarian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mensasarkan 5 objektif utama iaitu:
a)membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi
b)mengimbangkan jurang digital di antara bandar, luar bandar dan pedalaman
c)membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif
d)membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT
e)Membangunkan pendidikan bertaraf dunia.
Ciri-ciri Sekolah Bestari
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah meletakkan beberapa ciri utama bagi menentukan pembestarian sesebuah sekolah di Malaysia. Ciri-ciri tersebut adalah seperti:
a)Perkakasani.Infrastruktur dan perkakasan ICT dirangkal secara setempat.
ii.Nisbah komputer atau komputer riba kepada guru adalah 1 : 2.
iii. Nisbah komputer kepada murid sekurang-kurangnya 1 : 20.

b) Aplikasi
i. Sekurang-kurangnya 5 aspek pengurusan sekolah dilaksanakan berasaskan ICT.
ii. Warga sekolah mengakses maklumat melalui talian.
iii. Sekolah mempunyai laman web sendiri.

c) Proses Pengajaran dan Pembelajaran
i. Sistem pengurusan pembelajaran digunakan.
ii. Pelbagai bahan pendidikan diintegrasi.
iii. Guru berkemahiran dalam mengintegrasi ICT.
iv. Murid menggunakan ICT untuk melaksanakan tugasan pembelajaran.

d) Pentadbiran Sekolah
i. ICT digunakan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Langkah-langkah Pembestarian Sekolah
Dalam membestarikan semua sekolah di Malaysia, pihak KPM telah menyediakan infrastruktur ICT dan membekalkan peralatan ICT pada peringkat permulaan.
Penyediaan kepada kemudahan jalur lebar serta rangkaian setempat dan pengenalan kepada Program 'Schoolnet' di 8,120 buah sekolah merupakan satu usaha yang sangat penting dalam merealisasikan pembestarian sekolah di Malaysia kerana proses pengajaran dan pembelajaran ICT di sekolah-sekolah dapat dlaksanakan dengan lebih berkesan.
Di Malaysia, pembestarian sekolah dilaksanakan melalui penubuhan 88 buah 'Sekolah Rintis Bestari' yang menjadi asas utama dalam menentukan aras kejayaan pelaksanaan pembestarian sekolah. Melalui pelaksanaan ini, sebanyak 5,809 komputer dan 261 pelayan dan 1,494 judul perisian kursus telah diberikan kepada sekolahsekolah yang terlibat. Selain itu, sebanyak 243 judul perisian kursus berasaskan web dan 33 aplikasi sistem pengurusan juga turut dibekalkan dalam pembestarian sekolah yang dilaksanakan.
Pihak KPM juga telah melatih seramai 200,000 orang guru dalam pelbagai bidang pengkhususan ICT sebagai langkah untuk meningkatkan lagi kompetensi guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pendidikan.
Bagi memastikan konsep pembestarian sekolah mencapai objektif yang sebenar, pihak KPM telah menubuhkan makmal komputer di 4,500 buah sekolah serta sebanyak 99,000 buah komputer dan 4,600 pelayan. KPM juga telah memasukkan elemen ICT dalam pelaksanaan kurikulum sebagai langkah untuk membestarikan sekolahsekolah di seluruh negara. Elemen ICT dalam kurikulum dilaksanakan melalui penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains (PPSMI). Melalui PPSMI ini, sebanyak 97,000 buah komputer riba, 70,000 buah projektor LCD dan 4,600 buah pelayan telah dibekalkan ke 9,539 buah sekolah di seluruh negara.
Saluran TV Pendidikan juga telah dibekalkan ke 9,539 buah sekolah di samping 11,709 buah televisyen ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Saluran TV Pendidikan ini merangkumi 10 mata pelajaran yang meliputi 3,531 buah rancangan kurikulum untuk para pelajar dalam usaha menjayakan pembestarian sekolah.
Pembestarian sekolah juga dilaksanakan melalui kerjasama dengan agensi luar bagi mempercepat proses pembestarian di samping melaksanakan audit yang menyeluruh bagi semua inisiatif ICT yang melibatkan aspek pengajaran dan pembelajaran serta aspek pentadbiran serta pengurusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan