Selasa, 30 April 2013

Kepimpinan Guru

Kepimpinan Guru
Kepimpinan guru boleh membawa maksud suatu proses di mana guru memainkan peranannya untuk mempengaruhi pelajarpelajarnya ke arah pencapaian matlamat organisasi. Menurut Wan Mohd. Zahid ( 1993 ) pemimpin menggembleng tenaga manusia ke arah penampilan produk yang berkesan. Maka di sekolah seseorang pemimpin pendidikan mengutamakan berlakunya pembelajaran yang berkesan. Menurut Hussein ( 1993 ), jenis-jenis kepimpinan guru ialah kepimpinan kurikulum, kepimpinan terhadap staf, kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan kewangan dan fizikal, kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am. Perkara utama
dalam kepimpinan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar ialah penekanan pengajaran dan pembelajaran lebih menyerupai dimensi tingkah laku yang berorientasi perhubungan manusia. Menurut Southworth ( 2000 ) menegaskan kepimpinan pengajaran adalah elemen yang penting dalam memastikan sekolah cemerlang. Manakala kepimpinan pengajaran yang konsisten mempunyai pengaruh ke atas keberkesanan sekolah dengan menetapkan matlamat sekolah dan menggalakkan perkembangan profesional di kalangan guru. Dalam kajian Shahrir dan Shahril ( 1992 ) bahawa di antara ciriciri guru yang berkualiti dari aspek personaliti ialah sifat kepimpinan adil dan tekun dalam menjalankan tugas harian. Guru bijak menguruskan masa dengan memulakan pengajaran menepati masa serta menggunakan masa pengajaran sepenuhnya, mendisiplinkan pelajar untuk mewujudkan suasana yang kondusif, berkebolehan menyampaikan kandungan pelajaran kepada pelajar supaya menarik serta berkesan, pengawasan pelajaran dan maklum balik pengajaran. Ini menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran ini membawa kepada pengajaran yang berkualiti dan ada hubungkait dengan pencapaian pelajar. Pendekatan tujuan kepimpinan ialah untuk melaksanakan fungsi kelompok untuk mencapai matlamat organisasi dan orang bawahan menjadi cemerlang, tetapi tingkah laku pemimpinlah yang merupakan faktor penting kepada keberkesanan organisasi. Untuk ke arah kecemerlangan pendidikan di sekolah menurut Mohamad (2001 ) adalah melibatkan proses perancangan, pendekatan pengajaran, ganjaran, galakan, bimbingan, pemulihan, pengayaan, latihan, pengawalan, penyeliaan dan kerjasama bagi pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran yang berkesan. Kejayaan pelajar dalam menempuh cabaran masa depannya sebahagian besarnya adalah dipengaruhi oleh penguasaan pengetahuan, kemahiran dan juga penghayatan nilai akhlak yang diperolehi melalui interaksi mereka dengan gurunya semasa berada di sekolah. Pendekatan yang diambil oleh seseorang pemimpin untuk bekerja bersama pengikutnya harus berdasarkan kesesuaiannya dengan ciri-ciri dan matlamat kumpulan.

3 ulasan:

  1. terima kasih atas tulisan yang bagus ini.izinkan saya jadikan bahan rujukan.

    BalasPadam
  2. TERIMA KASIH..IZIKAN SAYA BUAT UNTUK RUJUKAN JUGA.

    BalasPadam