KEPIMPINAN PENGAJARAN
M Najib Ghafar
Noraziah Buang
PENGENALAN
Bab ini memaparkan dan menghuraikan tanggungjawab, tugas dan peranan seorang pendidik. Dipaparkan juga peranan kepimpinan pengajaran dan hubungannya dengan kecemerlangan akademik. Di samping itu diperlihatkan juga aspek-aspek tingkah laku tugas kepimpinan pengajaran contoh guru sains yang mempunyai kaitan dengan kualiti penghasilan pengajaran dalam memajukan proses pengajaran serta halangan dan kekangan yang dihadapi oleh guru.
Tanggungjawab, Tugas Dan Peranan Guru
Pendidikan guru yang berkesan dan mempunyai kebolehan berkomunikasi mengembangkan perhubungan untuk kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Hussein Mahmud ( 1993 ) berpendapat
bahawa perkataan tugas mempunyai konotasi dan nilai yang berbeza dengan peranan. Istilah tugas ini berkaitan rapat dengan tanggungjawab. Dalam konteks guru berkesan perlu menguasai
aspek-aspek pendidikan tentang kurikulum, pedagogi dan penilaian dengan tidak mengabaikan perkara yang berkaitan seperti psikologi dan pengurusan. Menurut Ea Ah Meng (1994), guru
berperanan sebagai pengurus kurikulum dan pemimpin pembelajaran. Manakala guru terlibat dalam perancangan kurikulum, membuat keputusan tentang kelas, meningkatkan
ketrampilan teknik pengajaran, pembelajaran, objektif domain komitmen dan tanggungjawab terhadap hasil pengajaran memenuhi arah aliran semasa mendidik. Penampilan guru sebagai
seorang pemimpin perlu menguasai kemahiran dan berketrampilan, di mana ketrampilan ini perlu diperolehi seperti pengurusan masa, perhubungan antara individu, pemikiran dan budaya membaca (Ibrahim, 1999 ). Guru sebagai pengajar merupakan pakar dalam mata pelajaran yang diajar, oleh itu guru perlu sentiasa memperbarui dirinya dengan pengetahuan yang terbaru dan sentiasa mencuba kaedah yang terbaru sesuai dengan pelajarnya. Menurut Kamaruddin (1994 ), guru dianggap pemberi maklumat, pengajar dan menggerakkan kurikulum. Selain dari itu tugas guru merangkumi pendisplin, pengganti ibu bapa, sebagai kaunselor dan penggerak kegiatan kokurikulum. Di samping mengajar, peranan guru sebagai pengelola adalah nyata. Sebenarnya
perlakuan pengajaran terdiri daripada gabungan perlakuan tentang perancangan, pelaksanaan dan penilaian ke arah pengajaran efektif ( Abd. Rahman dan Zakaria, 1995 ). Cabaran ke lima dalam wawasan 2020 menekankan pembentukan masyarakat yang saintifik, progresif dan inovatif
sebagai penyumbang kemajuan negara. Pendidikan di Malaysia telah menetapkan sasaran nisbah 60 peratus sains dan 40 peratus sastera. Oleh yang demikian sebagai seorang pendidik sewajarnya guru sains harus berkemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti membuat pemerhatian, membuat hipotesis, membuat percubaan, menganalisis data dan membuat generalisis (Indra Devi, 1997 ). Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif, guru perlu menguasai kandungan dan kemahiran yang berkaitan dengan pelajarnya ( Sharifah Alwiah, 1983 ). Menurut Ee, Ah Meng ( 1994 ) kurikulum mata pelajaran sains merupakan kurikulum teras dan aktiviti akademik merangkumi di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Pengalaman-pengalaman pengajaran yang dirancang adalah selaras dengan umur, kebolehan, minat dan kematangan pelajar. Oleh yang demikian kurikulum pembelajaran yang dirancang adalah dibimbing oleh pihak sekolah adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara menekankan kesepaduan pembelajaran pelajar serta mengutamakan kehendak dan minat pelajar berasaskan penguasaan kemahiran. Menurut Ee, Ah Meng ( 1994 ), mata pelajaran sains merupakan satu bidang kurikulum, kaedah inkuri dan penyelesaian masalah. Sains menghubungi fakta dan konsep dengan kehidupan seharian, membuat pengiktirafan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Pembelajaran sains melalui konteks kehidupan sebenar mampu menjadikan sumber motivasi kepada pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan dan bersemangat Menurut dalam kajian Khalidah ( 2002 ) bahawa amalan positif guru menunjukkan guru telah menerapkan kemahiran proses sains dalam pengajarannya yang akan mempengaruhi keberkesanan menerapkan kemahiran proses sains seperti pengetahuan, kemahiran guru, strategi pengajaran guru, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains dan disiplin pelajar. Manakala menurut dalam kajian Kalsom ( 2000 ) mengatakan bahawa pelajar yang mempunyai pencapaian sains yang cemerlang dan bersikap positif dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan. Pelajar-pelajar yang mempunyai semangat untuk mempelajari sains sukarela mengambil bahagian dalam aktiviti mata pelajaran sains. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang progresif, dinamik, kreatif serta penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi menjelang tahun 2020. Dalam usaha untuk merealisasikan matlamat tersebut, penekanan terhadap sains dan teknologi seharusnya diberikan perhatian dalam sistem pendidikan
negara kita lebih-lebih lagi bahasa pengantar kurikulum sains dalam Bahasa Inggeris berupaya meneroka sebanyak mungkin ilmu serta maklumat tentang sains dan teknologi secara global (Razali, 2002). Di samping itu ilmu sains dengan mudah diterokai menggunakan bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris dan seiringan dengan itu kerajaan menyarankan bahasa tersebut perlu diaplikasikan dalam bidang sains ( Saramma , 2003 ). Seiring dengan itu guru-guru sains secara langsung menggunakan pengajaran literasi serta penggunaan multimedia dalam proses kemahiran sains. Hasil tinjauan kajian beliau menunjukkan signifikan guru sains menggunakan Bahasa Inggeris dalam mengajar mata pelajaran sains Menengah Rendah di sekolahsekolah. Bagaimanapun menurut kajian Indra Devi ( 1997 ) bahawa guru sains yang banyak pengalaman dalam pengajaran sains dan telah menghadiri kursus dalam perkhidmatan mata pelajaran sains berkebolehan mengajar sains dengan lebih berkesan. Seseorang guru sains yang berkesan perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan sikap yang positif yang membolehkannya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai jenis maklumat, menyelesaikan masalah, bersikap kreatif dan dapat membuat keputusan yang rasional.
Apabila sesuatu pembaharuan dilaksanakan ke atas kurikulum, kesediaan guru dari segi sikap kebanyakkan guru dan kelengkapan sekolah tidak boleh diambil ringan kerana akan mempengaruhi kejayaan kurikulum tersebut. Seorang guru bukan sahaja menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar tetapi sewajarnya pandai menyampaikan isi pelajaran dengan lebih menarik dan menyeronokkan (Zulkifli, 1997). Kepimpinan guru ialah keupayaan seseorang guru dalam mempengaruhi orang dibawahnya untuk mencapai maklumat sekolah atau pendidikan. Seseorang yang mempunyai kuasa dapat dilihat apabila mempunyai kebolehan untuk menggunakan pengaruh. Sistem pengaruh melibatkan individu-individu yang berpengaruh dan individu yang dipengaruhi dan melibatkan interaksi lebih daripada dua individu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan