Isnin, 23 September 2013
Definis Pengetua
Pengetua adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih penting adalah seorang pemimpin yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Dalam konteks ini, ketiga-tiga tugas diistilahkan sebagai pemimpin atau kepimpinan kerana aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepimpinan (Baharom et. al 2009).Pengetua berperanan memastikan kesinambungan antara struktur dengan sistem sedia ada tetapi juga mampu menggerakkan orang bawahannya untuk berubah supaya organisasi berkenaan lebih sensitif dan bergandingan bagi menangani arus perubahan yang melanda sistem pendidikan (Moh Nor & Jazmi, 2006).
Kepimpinan boleh didefinasikan sebagai keupayaan mempengaruhi , memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan supaya bersetuju untuk melaksanakan program-program dan melakukan perubahan-perubahan kearah mencapai matlamat organisasi (Ishak, 2002).Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002)mengatakan kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lainlakukan secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited.Bagi Houseet al,(dlm, Yukl, 2002) kepimpinan adalah keupayaan seseorangindividu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan