Isnin, 23 September 2013
Kepimpinan Pengetua
Pengenalan
Gaya kepimpinan seseorang pengetua sering kali dilihat mempunyai pengaruh dalam peningkatan hasil kerja guru. Pengetua sebagai pemimpin perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Cabaran utamanya ialah bagaimana dia boleh mempengaruhi individu-individu di bawahnya untuk menyokong visi, misi dan strategi-strategi yang direncanakan.Kepemimpinan yang berkesan adalah asas kepada penambahbaikan sekolah yang berterusan (Muijsdan Harris, 2007 ; Abdul Ghani & Anandan, 2009).Dalam usaha memastikan kepimpinannya menjadi panduan dan ikutan, seseorang pengetua perlu menyedari bahawa gaya kepimpinannya yang relevan dengan keperluan dan kehendak semasa banyak mempengaruhi kejayaan dan keseronokan pekerja bawahannya. Pemimpin yang cmerlang lebih mementingkan perkara manakala pengurus pula mementingkan cara. Oleh itu, keupayaan dan kebolehan mereka dalam menghadapi dan menangani situasi ini memerlukan pelbagai gaya kepimpinan. Dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) kepimpinan pengetua dianggap teras utama kepada pendidikan berkualiti iaitumerujuk kepada kecemerlangan pendidikan. (Abas Awang & Balasundran, 2002) berpendapat pengetuaadalah individu yang diamanahkan untuk merealisasi aspirasi dan pembangunan pendidikan negara.Sesungguhnya sekolah yang efektif adalah berakar umbi kepada kepimpinan pengetua yang cemerlang dan berkesan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan