Khamis, 22 September 2016
BUDAYA ORGANISASI
Pemahaman tentang budaya organisasi sesungguhnya tidak terlepas dari konsep dasar tentang budaya itu sendiri dimana merupakan salah satu terminologi yang banyak digunakan dalam bidang antropologi. Dalam pandangan antropologi itu sendiri, konsep budaya ternyata telah mengalami pelbagai maksud. Budaya dimaksudkan sebagai manifestasi kehidupan setiap orang dan setiap kelompok orang. Kini budaya dipandang sebagai sesuatu yang lebih dinamik, bukan sesuatu yang kaku dan statik. Budaya tidak dimaksudkan sebagai sebuah kata benda, kini lebih dikenali sebagai sebuah kata kerja yang dihubungkan dengan kegiatan manusia. Dari sini timbul pertanyaan, apa sesungguhnya budaya itu? Menurut Alfi Adirama (2012), budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi.
Sofo (2003) memandang budaya sebagai sesuatu yang merujuk kepada nilai-nilai, keyakinan, amalan, perasaan dan kebiasaan-kebiasaan dari sebuah organisasi. Menurut Triguno (2004), tujuan asas budaya adalah “untuk membina sumber manusia sepenuhnya agar setiap orang sedar bahawa mereka berada di dalam suatu hubungan sifat peranan sebagai pelanggan pembekal dalam komunikasi dengan orang lain secara berkesan serta menggembirakan.” Kreitner dan Kinicki (2008) menyatakan bahawa “budaya organisasi yang kuat dapat menciptakan kesamaan tujuan, motivasi pekerja, struktur dan kawalan yang perlu untuk meningkatkan prestasi kerja.”
Menurut Alauddin (2004), amalan dan penghayatan budaya kerja cemerlang dalam satu organisasi ini akan dapat menghasilkan pekerja yang menjalankan tugas dengan penuh komitmen, azam, kesetiaan, bekerjasama dan bersepadu. Menerusi budaya organisasi cemerlang tadi, amalan yang negatif akan dapat dihindarkan, manakala perlakuan positif dapat dipertingkatkan bagi membolehkan organisasi bergerak lancar mencapai matlamatnya. Budaya kerja positif yang mendorong kearah kejayaan organisasi juga dikenalikan sebagai budaya organisasi. Budaya organisasi boleh ditakrifkan sebagai suatu bentuk amalan, perlakuan dan tindakan yang disepakati dan dihayati bersama oleh semua manusia pekerja dalam organisasi berkenaan. Budaya ini seumpama baja yang menyuburkan organisasi bagi menghasilkan buah yang dapat dimanafaatkan oleh masyarakat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan