Isnin, 27 April 2009

DASAR PENDIDIKAN NEGARA


PENGENALAN

Pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan Negara hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dari segi penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun KPM akan sentiasa peka dan prihatin kepada perubahan yang berlaku dalam urusan meningkatkan kualiti pendidikan dan menghasilkan modal insan beracuan sendiri.

Dasar Pendidikan Negara pada umumnya digubal pada peringkat pusat iaitu oleh kabinet kerajaan dan Kementerian Pelajaran melalui sistem jawatankuasa. Penggubalan dasar yang berpusat adalah untuk menjamin agar sistem pendidikan itu berjalan secara serentak, menyeluruh dan seragam. Dasar-dasar pendidikan merupakan pengantar atau media yang khusus bagi menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan Negara. Dasar pendidikan utama negara ini mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Hal ini disebabkan aspirasi bahawa segala usaha dalam pendidikan adalah untuk mencapai integrasi nasional.

Dasar pendidikan Negara ini dinyatakan dengan jelas, sama ada yang termaktub dalam undang-undang ataupun dinyatakan dalam laporan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan. Dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan kepada pelbagai aspek dan komponen dalam system pendidikan, iaitu meliputi peringkat pendidikan formal, penis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan infrastruktur dan sumber. Perincian dasar-dasar sedemikian rupa adalah untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan.

DEFINISI DAN LATAR BELAKANG

Dari segi bahasa dan konteks dalam bidang sains sosial, dasar sama ertinya dengan asas, iaitu sesuatu ketetapan yang menjadi pegangan dan tunggak tindakan dan urusan. Perkataan Inggeris yang seerti dengan dasar ialah policy. Dari segi etimologinya, policy berasal dari perkataan Greek iaitu ‘polis’ yang bermakna city-state. Dalam bahasa Latin kemudiannya menjadi politia yang merujuk kepada Negara. Seterusnya perkataan policie digunakan dalam Middle English untuk merujuk pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan. Dasar digubal oleh golongan pemimpin, pemerintah atau pentadbir di dalam sesuatu institusi organisasi dan kerajaan. Dasar kerajaan dalam pelbagai bidang seperti social, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dinyatakan secara formal dalam dokumen urusan pentadbiran bidang-bidang berkenaan.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010
TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA

Memberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

Dasar KPM adalah menyokong hasrat negara untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara.

Fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan.

Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu. Selain itu matlamatnya adalah untuk menyemai nilai-nilai ini sejak dibangku sekolah lagi.
TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada system nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
Dasar teras ini adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni serta memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar.
Matlamat dasar ini pula adalah untuk melahirkan modal insan yang berkebolehan untuk belajar, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan; berkebolehan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan baik; berupaya berfikir secara kreatif dan kritikal serta mampu bertindak secara rasional; sentiasa mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; sentiasa menghormati kelainan orang lain dan perbezaan individu serta berupaya menjadi pemimpin yang baik dan berkesan di dalam keluarga dan masyarakat.
KPM akan membangunkan modal insane dengan memberi fokus dan strategi pelaksanaan seperti mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar iaitu meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan, meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh Negara serta memperluas dan memantapkan lagi pelaksanaan MPV di sekolah-sekolah. Seterusnya meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan iaitu mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi, Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan dan melaksanakan Program Pembestarian Sekolah seperti menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi, menyediakan perisian yang lengkap dan pelbagai, mengadakan latihan dan bimbingan serta mewujudkan system penyelenggaraan berterusan.
Strategi seterusnya memupuk pelajar memiliki kemahiran dan ketrampilan seperti membina penampilan diri yang positif, memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab serta menekan aspek nilai murni termasuklah keselamatan, kebersihan dan kesihatan (3K) dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti ko-kurikulum.
Seterusnya, memantapkan system pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistic iaitu menyediakan pentaksiran alternatif, mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Selain itu strategi berikutnya adalah memantapkan program kokurikulum dan sukan seperti menambah baik aktiviti sukan dan kokurikulum, memperkasakan sukan di sekolah ke arah untuk semua, memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan.
Seterusnya, memperkukuh disiplin pelajar iaitu penggubalan peraturan disiplin baru, menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap menangani gejala salah laku murid dan memantau sekolah-sekolah yang menghadapi masalah disiplin. Berikut, memantapkan kurikulum iaitu meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta penyediaan infrastruktur dan perkakasan mencukupi bagi pembestarian sekolah. Seterusnya meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi iaitu pelaksanaan aktiviti dengan pelbagai agensi.

TERAS 3 : MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN
KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan ( rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
Dasar memperkasakan SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendah yang berbahasa pengantar Bahasa Melayu dan sekolah menengah kebangsaan menjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan dan memperkukuh perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum. Justeru, pelajar-pelajar ini dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta toleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional.
Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana. Sasaran jangka panjang KPM adalah untuk menjadikan SK pusat kecemerlangan pendidikan daripada semua segi seperti prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian kokurikulum dan sukan, penguasaan ICT, kualiti guru dan kepimpinan sekolah. Satu penanda aras akan ditetapkan bagi memastikan agenda memperkasakan SK akan terus berada pada landasan yang betul dan usa akan dilaksanakan bagi mengenalpasti SK yang cemerlang untuk dijadikan model kepada SK lain.
TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru KPM akan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minima. KPM juga akan memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan seperti jurang bandar dan luar bandar yang merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Jurang digital pula merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Jurang antara tahap pencapaian pelajar pula merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan. Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar berkeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat. Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar.
TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
Usaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaik taraf maktab perguruan kepada institute pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah, dan juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.
Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan Negara. Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut, fokus memartabatkan profesion keguruan adalah menambah baik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru serta memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.
KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada focus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon. Memantapkan latihan perguruan iaitu menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru seperti memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru, memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care dan lain-lain.
Seterusnya, memantapkan kerjaya guru dengan menambah baik penjawatan guru dan menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM, JPN dan PPD. Berikutnya menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru seperti menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dengan menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman , luar bandar dan bandar, mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkanbeban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran, menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan serta memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia iaitu penyediaan mekanisme bekalan guru dengan mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru, memantapkan mekanisme unjuran guru, menambahbaik sistem maklumat guru dan mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.

TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN
Usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan adalah dengan memberi kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan bidang-bidang khusus ( niche areas ). Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar Negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sisitem pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan cirri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada.
Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi ini juga diharapkan dapat dijadikan showcase pada peringkat antarabangsa sebagai bukti keupayaan system pendidikan Negara seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
Sebagai institusi yang telah bersedia dari segi keupayaan pelajar pelajar, guru dan pengetua, institusi yang cemerlang ini juga diharapkan dapat menjadi tapak untuk merintis pendekatan dan perubahan baru yang hendak dilaksanakan dalam system pendidikan. Pelajar yang lahir dari institusi yang cemerlang ini diharapkan mempunyai kecemerlangan akademik dan kokurikulum, berkemahiran, berkeperibadian tinggi, mempunyai semangat kerja berpasukan, berfikiran kreatif, bersemangat patriotik, berfikiran global dan berdaya saing.
Pengetua, guru besar dan guru dari institusi yang cemerlang ini pula diharapkan dapat menjadi contoh dan boleh berkongsi pengalaman dengan pengetua, guru besar dan guru-guru dari institusi lain. Di samping itu, institusi-institusi ini juga diharap dapat mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.
Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster instituĂ­s pendidikan tertentu akan dikenalpasti dan dipilih mengikut elemen utama eleven sokongan. Elemen utama adalah kurikulum berdasarkan pencapaian purata dalam peperiksaan awam sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut, gred purata sekolah, bilangan pelajar mendapat A serta mempunyai sejarah kecemerlangan dalam matapelajaran tertentu dan kokurikulum berdasarkan pencapaian kokurikulum pada peringkat daerah, kebangsaan dan luar negara serta anugerah-anugerah khas.
Elemven sokongan pula seperti pengurusan dan pentadbiran sekolah berdasarkan kecekapan dalam menguruskan sekolah, pelajar, sumber tenaga manusia, kemudahan asas, penambahbaikkan berterusan seta mempunyai perancangan yang komprehensif dan sistematik. Ketrampilan guru berdasarkan guru-guru siswazah dan bukan siswazah, guru yang menerima anugerah, guru khas dan guru pakar. Kepimpinan pengetua berdasarkan gaya kepimpinan yang cemerlang, keupayaan menggerakkan seluruh warga sekolah dan cara berkomunikasi yang berkesan dan lain-lain lagi. Sekolah-sekolah yang terpilih ini akan mencadangkan satu bidang khusus yang ingin dibangunkan atau pendekatan yang ingin diperkenalkan untuk melonjakkan kekuatan yang ada pada sekolah tersebut.
Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara seperti memastikan kepimpinan teguh dan berkesan iaitu pengenalpastian dan pemilihan pengetua, guru besar dan guru penolong kanan akan dibuat secara lebih awal. Pemantapan latihan kepimpinan guru besar dan pengetua oleh IAB. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi iaitu pemilihan guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temuduga. Memberi lebih autonomi kepada sekolah dalam meningkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah seperti pemilihan tenaga pengajar berdasarkan permohonan atau pengenalpastian oleh pihak sekolah, perlantikan staff sokongan tanpa mengikut norma perjawatan biasa, pewujudan kelas khas bersesuaian dengan bidang khusus yang dipilih dan sebagainya.
Seterusnya mewujudkan sistem akauntabiliti iaitu menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program KPM dan pihak sekolah bersama-sama menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pihak sekolah serta memantapkan penyediaan mekanisme untuk menilai prestasi sekolah secara terus oleh Jemaah Nazir Sekolah, Bahagian audit. Sekolah dan Bahagian Sekolah.
Berikutnya, mewujudkan piawaian dan penanda aras yang dijadikann contoh kepada negara membangun dan maju iaitu menyediakan pengurusan perubahan seperti meningkatkan kecemerlangan sekolah dan instituĂ­s pendidikan melalui pengurusan perubahan. Mengenalpasti amalan terbaik seperti menyediakan dan melaksanakan Standard dan penanda aras baru, menjalankan anlisis jurang, menjalankan kajian impak dan keberkesanan dan sebagainya.
Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan iaitu meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara, mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa secara berkesan untuk menarik minat pelajar dan ekspatriat negara luar. Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang pendidikan di rantau asia. Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat antarabangsa, Penglibatan yang lebih aktif dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA.
Merintis perubahan dan pembaharuan seperti melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah, mengadakan p &p berasaskan Model Hasil Pembelajaran, mengurangkan tempoh pendidikan menengah dan menjadikan sistem persekolah wajib 12 tahun dan memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT.

1 ulasan:

  1. terima kasih... semua ni banyak membantu saya....

    BalasPadam